1 Night 2 Days

1 Night 2 Days

Monday, August 18, 2008

SYURGA CINTA






Penangan Heliza

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


Cabaran Syurga Cinta: Dilarang bersentuhan tetapi itu tidak menghalang Awal Shaari dan Heliza membina keserasian.

AWALNYA, dia berasa kekok apabila diberikan peranan watak utama sebuah filem romantik yg tidak membenarkan dia menyentuh pasangannya, Heliza. Tetapi, mengenangkan Syurga Cinta ialah filem yg berunsur dakwah dan keagamaan, maka dia terima juga, sebagai cabaran baru dlm karier lakonan. Awal Ashaari memahami, syarat yg diberikan agar dirinya dan Heliza tidak bersentuhan cukup sesuai dgn tema dan konsep filem itu sendiri. Syurga Cinta antara lain bercerita mengenai seorang pemuda yg tidak mendapat didikan agama secukupnya. Dicabar rakan, akhirnya dia ditemukan dgn seorang guru sekolah yg membawa dirinya ke arah kebaikan.

"Memang pada mulanya saya berasa janggal kerana filem ini memerlukan kami bercinta, tetapi langsung tidak ada adegan pegangan tangan atau bersentuhan. Tetapi, ia memang masuk akal sbb ini filem yg berunsur dakwah," ujar Awal ketika ditemui di lokasi penggambaran filem arahan Ahmad Idham, terbitan Metrowealth Movies Production itu di Petaling Jaya baru2 ini.

Kata bintang yg kian mencipta nama ini, mungkin imej bertudung yg dikenakan Heliza sendiri membuatkan adegan sebegitu ditiadakan. "Saya mengerti, dia perlu menjaga imejnya juga. Takkan dgn tudung di kepala, dia perlu melakukan sesuatu yg dirasakan bertentangan dgn prinsip diri dan pegangannya p**a. Pada masa yg sama, apa p**a kata masyarakat dan peminatnya?" kata Awal yg mengaku, mereka juga tidak akan bersentuh kulit walaupun pada waktu sesi fotografi.


BEGINI: Ahmad Idham memberi arahan utk babak belajar mengaji.

Namun, keadaan itu tidak menghalang Awal dan Heliza membina keserasian sebelum mahupun sewaktu penggambaran dilangsungkan.
"Heliza pernah memberitahu saya, dia amat takut dan risau kerana inilah filem pertama lakonannya. Dgn pengalaman di depan kamera yg langsung tiada, dia bimbang akan melakukan kesilapan sewaktu penggambaran. Mungkin apa yg dirasakannya ketika ini, sama dgn apa yg saya rasa sewaktu mula2 berlakon dulu. Musuh Heliza ketika ini hanyalah rasa gementarnya. Apabila dia membuang rasa takut itu, saya percaya dia akan dpt melakukannya dgn baik. Kami turut berbual panjang sebelum penggambaran dimulakan. Malah, saya juga mahukan dia datang ke lokasi ketika adegan membabitkan saya dan orang lain dirakam. Dia setuju utk hadir sama di lokasi kerana ingin belajar. Saya tahu dia boleh berlakon kerana Heliza mempunyai nada pengucapan yg baik. Pengucapan dialognya tidak mendatar,"
tegas lelaki ini.

Menyentuh mengenai watak Irham, pelakon yg juga pengacara popular ini berasakan, peranan itu tidak jauh bezanya dgn beberapa watak yg pernah dipegangnya sebelum ini. "Saya memang sering diberikan watak pemuda kota yg s**a berfoya2. Kali ini, saya perlu menjadi lelaki yg mendapat pendidikan Barat dan sering kali berjaya memikat hati perempuan. Dia juga lelaki yg pantang dicabar. Jadi, rakan2nya mencabar dia memikat gadis bertudung kerana Irham memang tidak menyukai wanita sedemikian. Dlm masa sebulan, dia mengenali hati budi Syuhadah, sehinggalah masing2 saling menyukai. Namun, apabila tempoh pertaruhan tamat, Irham harus mendedahkan perkara sebenar kpd wanita berkenaan," kata anak muda yg juga membintangi I’m Not Single, Diva dan Apa Kata Hati? ini.

Menurut Awal, menerusi filem itu, wataknya akan melalui beberapa perubahan, secara perlahan2. Penonton akan dpt melihat transformasi diri wataknya dpd seorang pemuda kebaratan, yg sedikit demi sedikit beralih kpd lelaki yg kembali ke pangkal jalan.


Sukar jiwai babak romantik

SEMENTARA itu, Heliza yg memegang watak Syuhadah tidak menafikan dia diserang perasaan takut apabila tiba ke lokasi filem pertamanya itu. "Ketika menyanyi, saya tidaklah berasa gementar seperti ini, walaupun ada ribuan khalayak di depan saya. Namun, berlakon agak sukar, apatah lagi utk menjayakan watak seorang gadis yg berlemah lembut. Apatah lagi utk menjayakan babak romantik, ia memang menyukarkan sekali. Saya p**a bukannya ada pengalaman bercinta dan kami sekeluarga bukanlah orang yg romantik," akui Heliza.

Meskipun begitu, tawaran secara mengejut dpd produser David Teo memang diibaratkan pucuk dicita ulam mendatang buat penyanyi kelahiran Akademi Fantasi musim kelima ini. "Sejak dulu saya memang menyimpan impian utk mencuba bidang lakonan. Tidak sangka p**a, impian itu tercapai dlm masa yg cukup singkat. Kini, saya mesti membuktikan, saya mampu melakukannya," ujar wanita muda ini yg ingin terus mengasah bakat dlm bidang lakonan andainya berpeluang.

Heliza berasa cukup bertuah apabila pengarah dan pelakon lain memberikan kerjasama sepenuhnya sewaktu di lokasi. Dia boleh merujuk kpd mereka seandainya ada sesuatu yg sukar difahami. Dia dan Awal sendiri banyak melakukan latihan, sebelum sesuatu adegan mula dirakam.

Mengenai ‘pantang larang’ yg dikenakan, pemilik lagu Cinta Di Lautan Lalang ini mengaku, antara faktor dia menerima tawaran berlakon Syurga Cinta ialah kerana wataknya tidak memerlukan dia bersentuh dgn Awal, pasangannya dlm filem terbabit. "Insya-Allah, bagi filem seterusnya juga saya akan mengekalkan prinsip ini. Lagipun, saya tidak berasakan, faktor sentuhan itulah yg akan membuatkan sesebuah filem cinta berjaya. Filem romantik tidak semestinya memerlukan pasangan yg digambarkan bercinta saling berpegangan tangan. Di luar sana pun saya percaya, masih banyak pasangan yg berkasih sayang tanpa berpegangan tangan, sebelum berkahwin. Cuma, selama ini kita banyak didedahkan dengan filem yg memaparkan pasangan bersentuhan apabila bercinta. Lalu, pemahaman kita hanya setakat itu saja sedangkan banyak lagi faktor lain yg membuatkan sesebuah filem itu berjaya, bukan kerana sentuhan semata2," kata penyanyi yg akan merakamkan single terbaru sedikit masa lagi.

INFO:
SYURGA CINTA ialah filem ke-29 terbitan Metrowealth atau MIG Production Sdn Bhd. FILEM ini menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang bermula pada 24 Jun lalu. Penggambarannya dijangka mengambil masa selama 17 hari.

SELAIN Awal dan Heliza, turut membintangi filem ini ialah Mustapha Kamal, Dian P Ramlee, Hisham Ahmad Tajudin, Fizz Fairuz, Sam Saheizy dan Wazata Zain. TURUT diperkenalkan ke layar perak buat pertama kali ialah pelakon kanak-kanak yang terlebih dulu dikenali menerusi program Tom Tom Bak, Hadziq.

SEBELUM Syurga Cinta, MIG turut mempunyai beberapa judul lain yang sedang menunggu waktu tayangan seperti I’m Not Single yang akan menemui penonton pada 24 Julai ini, Jangan Tegur, Selamat Pagi Cinta, Brainscan 21 (BS21) dan Senario the Movie... Episod 1.



No comments: